Friday 18 November 2016

Yakin dengan rezeki sebuah perkahwinan

Assalamualaikum semua...

Dah lama bermain dalam kepala otak aku ni pasal rezeki sebuah perkahwinan. Selalu aku tengok kawan-kawan aku even belum habis belajar pun depa boleh ja kahwin. Memang aku tabik la 🙋

Hampa memang berani. Berani ambil risiko sebab aku tau hampa sangat yakin dengan rezeki sebuah perkahwinan. Ada kawan-kawan yang memang dua-dua student kot depa kahwin. Yala nama pun student memang tak dak kerja tetap lah wei. Aku tengok depa happy ja wei rezeki tu tetap ada walaupun tak dak kerja tetap lagi masa tu...dok belajaq lagi pulak tu.

Haishhh... Kalau hampa tengok mentaliti kebanyakan orang la niii. Bila nak kahwin ja
Mesti cakap bagi stabil ekonomi dulu, nak ada kerja tetap dulu, nanti lah kumpul duit dulu , nak beli kereta dulu la, nak bela mak ayah dulu la itu la ini lahhh..…herghhh macam² la alasan.

Hello macam la kalau hang kahwin hang tak boleh nak capai aoa hang nak tuu...awat kalau kahwin mak ayah hang tinggai terus ka??? Adoi la fikir la sikit !!! Kalau nak tunggu ekonomi hang stabil umoq 40 gamaknya baru nak nikah.

Itu alasan semata-mata wei, bak kata pepatah ' hendak seribu daya tak mahu seribu dalih' 

Okay alasan tu memang boleh terima kalau hampa tu tak dak kapel², marka² tu semuaaa....ini dah bertahun kot dok berkapel-kapel bagai. Tau kan ikhtilat tu kena jaga. Sampai bila nak macam tu kann.

Ehh memang la nak kahwin tapi sabar la dulu. Bagi Ai stabil dulu. Nanti ai nak bagi yu makan apa??

Cewahhh...Kenapa nak syaratkan dengan alasan macam² ???tak yakin dengan rezeki Allah ka? Hummm percayalah pleaase percayalahh. Yakin, Yakin

Dah suka kahwin ja la simpan lama-lama buat apa nak oi???

Tengok mak ayah kita sudah la. Depa pun kahwin tak dak apa lagi. Susah kerja kampung ja. Tapi depa hidup susah senang sama-sama, usaha sama-sama depa yakin dengan rezeki sebuah perkahwinan sebab tu depa boleh harungi, bahagia ja kekal sampai anak  cucu.

Okayy konklusinya, nak kahwin sila more put effort, goals and don't create stupid reason yang boleh halang atau lambatkan sesuatu yang baik.

Haaa layankan ja lah apa yang aku tulis malam² ni... Apa aku geram bila bahas bab nih 😣😣😣.


Wednesday 27 July 2016

Assalamualaikum semua..
Ehemmm first time nak post nih...selalu dok follow blog orang lain ja...hari ni nak try buat jugak lahhh...
Detik kehidupanku ewahh nama blog yang aku pilih...hahaha sebenarnya tak tau nak buh nama apa...😅😅😅
Dalam ni aku nak kongsilah apa pengalaman yang aku dah try dan akan try...
Insya Allah...